Kemanusiaan kian pudar

Protest in Bangkok


Propaganda sesetengah pihak yang berjaya mempengaruhi minda kebanyakan umat Islam di Dunia.. 

Melalui kebijaksanaan mereka dalam mempengaruhi pemikiran kita. Dan, tanpa menggunakan sebarang senjata yang nyata, mereka berjaya menimbulkan kekeliruan dan kekecohan dikalangan umat Nabi Muhammad SAW di serata dunia. 

Bukan-kah kita mempunyai contoh untuk dipelajari dan panduan untuk dipatuhi dalam menjalani kehidupan di dunia ini? 

Supaya bertindak secara Rasional dan Relevan hendak-nya berdasarkan kepada senario yang dihadapi? 

Apakah mengambil nyawa manusia lain dan menimbulkan huru-hara serta kemusnahan harta benda dapat menyelesaikan persengketaan ini? 

Adakah memadam sifat kemanusiaan pada diri dapat memenuhi kehendak Iman kita? 

Inikah Jihad kita demi memperjuangkan agama kita yang disanjungi? Ataupun,kita terlupa apa itu erti Islam?


Bagaimana pula dengan mereka yang kelaparan dan mereka yang memerlukan?


Manusia telah dikurniakan dengan Akal yang sempurna dan harus digunakan untuk berfikir..





Popular posts from this blog

An Open Letter to the Occupy Wall Street Activists