Penzalim Diri dan Agama

Hatiku benci kepada ustaz dan ustazah
Hatiku benci kepada masjid
Hatiku benci kepada para 'ulama
Hatiku benci kepada orang yg menyebut-nyebut soal fatwa
Hatiku benci kepada ahli-ahli surau yang tidak hirau betapa kuatnya speakers mereka

Apabila mereka tunduk kepada dogma
Apabila mereka bangga dengan keindahannya berbanding pengisiannya
Apabila mereka menurut kepada kehendak penguasa zalim
Apabila mereka suka menghukum tanpa usul periksa
Apabila mereka tidak memikirkan soal masyarakat
Apabila Islam itu dijadikan alat untuk kepentingan melariskan dagangan atau mengukuhkan kuasa

Islam lebih sekadar luaran
Islam penuh dengan hikmah
Yang dalam kegelapan bisa cerah
Bila Tuhan yang Pengasih berikan hidayah
Jadi aku pelik apabila Islam menjadi sebegitu lemah
Ditipu dengan sungguh mudah

Tapi kini aku tidak pelik lagi
Manakan Islam tidak lemah dengan ummat yang sedemikian dangkal
Yahudi tidak takut kepada orang muslim. Kenapa?
Kerana ummat Islam bukan ummat yang membaca
Mereka merelakan diri untuk takut kepada perjuangan
Mereka merelakan diri untuk menjadi hamba kepada kezaliman
Semuanya larut dalam ketidakpedulian
Dengan alasan syukur, haram, halal, murka dan neraka!
Sambil berkira-kira mereka semua dijamin syurga

Tuhan itu Maha Dekat
Dekat sekali dengan semua manusia
Kita lahir dalam keadaan lupa
Kita mati dalam tidak rela
Aku cintakan agama suci ini
Walau aku tidak sesuci mana
Jika kerana orang-orang yang merosakkan agamaMu ini
sampai membuat aku membenci agama ini Ya Tuhan
Kau matikanlah aku sebelum keadaan itu berlaku
Kerana aku tidak ingin mati dalam hatiku benci kepada Islam...

Popular posts from this blog

An Open Letter to the Occupy Wall Street Activists